suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beli Ferrari lebih RM1 juta, jutawan muda bukan nak tunjuk riyak... Bertanggungjawab tak lari bayar cukai

USAHAWAN Boss Mun menafikan dakwaan gelaran jutawan yang digunakan olehnya itu bertujuan untuk pemasaran produk perniagaannya.

Boss Mun atau nama sebenarnya Munashraf, 23, berkata dia tidak berasa kecil hati dengan segala tohmahan dilemparkan, memandangkan sejak awal memulakan perniagaan dia sudah menerima pelbagai kecaman.

“Tidak semua faham apa itu makna jutawan. Bagi mereka tidak faham, saya tidak rasa sedih. Cukuplah saya dapat pengiktirafan itu.

“Saya tidak sangka ramai kecam! Tapi dalam ramai kecam tu ada ramai juga yang sokong. Dari awal saya berniaga pun dapat kecaman dari orang terdekat iaitu keluarga dan kawan. Mereka kecam dan tidak percaya dengan impian saya,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Boss Mun juga memaklumkan yang dia sentisa menjalankan tanggungjawab sebagai seorang usahawan dengan membayar cukai pendapatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“LHDN saya tiada masalah. Saya memang setiap tahun ada akauntan yang urusan. Saya bayar cukai. saya tak perlu rasa takut (dengan LHDN) sebab saya laksanakan tanggungjawab.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi