suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Belajar daripada kesilapan, Zhiddin Aziz mahu terus hasilkan ‘content’ media sosial... Sedia bergelar pelakon

DIKECAM hebat gara-gara terlalu lantang bersuara berhubung penarikan Anugerah Ikon Belia pada November tahun lalu, pempengaruh media sosial Zhiddin Aziz mengakui tidak terkesan terhadap perkara tersebut.

Malah kata Zhiddin atau Mas Zhiddin Zhiddan Abdul Azid, dia akan meneruskan minatnya dalam menghasilkan content media sosial, selain mengubah diri ke arah lebih baik.

“Perkara tersebut selagi tidak rugi satu sen dalam akaun bank, saya akan teruskan (hidup seperti biasa). Negatif yang saya terima hanya dalam kelompok kecil.

“Yang komen negatif itu (saya terima) untuk pembaharuan diri saya kerana memang saya sedar selepas isu tersebut, banyak lagi saya perlu kejar dan baiki diri,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Zhiddin juga sudah bersedia dan berbesar hati sekiranya ada produksi mengambilnya berlakon sebagai seorang guru.

“Drama mungkin saya akan terima sebagai seorang guru. Tapi kalau watak-watak negatif, saya tidak mahu,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi