suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas isteri Safee Sali teringin buka puasa, sambut raya bersama anak-anak

BEKAS isteri kepada Safee Sali iaitu Fitria Elfina Maharip berharap tuntutan interem hak penjagaan anak-anaknya dapat diselesaikan segera.

Ini kerana selepas dua bulan, Fitria berkata dia masih gagal bertemu anak dan tiada sebarang perkembangan berhubung isu itu.

“Saya masuk (mahkamah) untuk penjagaan hak sementara. Kalau boleh sebelum raya saya nak jumpa anak-anak sebab sudah dua bulan. Saya nak sangat anak-anak dapat berbuka puasa dengan saya dan beraya dengan saya.

“Saya sangat sedih sebab saya memang mahu beraya dengan anak. Ini kali pertama saya berpisah dengan anak-anak,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Fitria turut menafikan kenyataan Safee sebelum ini yang mendakwa dia tidak memberikan komitmen berkenaan hak penjagaan anak-anak mereka.

“Dia cakap saya tidak bagi komitmen padahal semua itu tidak benar. Saya bagi dia tiap minggu datang jumpa anak-anak siap dengan bermalam sekali,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi