suria

Tetamu ditunggu tak tiba, jurusolek kecewa geng iftar mungkir janji nak datang ‘open house’ - ”Mereka seen sahaja mesej saya”

SANGGUP berhabis ribuan ringgit, seorang jurusolek kesal apabila rakan-rakannya memungkiri janji untuk menghadiri rumah terbuka yang diadakan pada hari raya ketiga lalu.

Lebih mengecewakan, Dek Wan atau Muhammad Suffian berkata, dia mengadakan rumah terbuka itu di atas permintaan rakan-rakannya sendiri.

"Ikutkan tahun ini saya memang tak buat rumah terbuka sebab bercuti.

"Ketika majlis berbuka puasa bersama, mereka ada tanya bila saya nak buat open house dan disebabkan itu saya bersetuju nak buat.

"Masa iftar itu dihadiri 45 orang kenalan jadi saya jemput semua malah mereka sendiri yang pilih nak datang pada hari raya ketiga.

"Saya ingatkan semula pada malam raya dan mereka kata jadi nak datang," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Dek Wan mendakwa rakan-rakannya itu langsung tidak memaklumkan tidak dapat hari ke rumahnya.

Lebih sedih apabila mesej yang dihantar menerusi WhatsApp hanya dibaca tetapi langsung tak berbalas.

"Mereka langsung tak hubungi saya tetapi WhatsApp saya mereka baca. Tak lama selepas itu saya lihat mereka berkonvoi ke Kuala Lumpur," katanya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi