suria

Lambakan konsert penyanyi luar… Awie harap kerajaan baharu ada perubahan, ‘susukan’ anak seni tempatan dahulu

PENYANYI Datuk Awie tampil menyuarakan pandanganya berhubung isu lambakan penyanyi seberang mengadakan konsert di Malaysia.

Tidak menafikan peluang dan rezeki masing-masing, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 53, bagaimanapun berharap ada pihak menyelaraskan kemasukan mereka agar artis tempatan tidak berasa terpinggir.

“Itu rezeki dan beruntung sebab mereka tidak dikenakan sekatan yang kuat dari Malaysia... persatuan daripada Malaysia ni welcome kehadiran penyanyi luar tapi sampai bila nak longgokkan dengan penyanyi seberang ini sedangkan Malaysia juga punyai penyanyi yang bagus.

“Cuma saya berharap sangat pada masa akan datang penyanyi di Malaysia juga mudah untuk menebusi pasaran negara mereka... sebab saya tahu kebanyakkannya kehadiran kita kurang disenangi, persatuan mereka agak kuat dan kawal kita masuk ke negara mereka,memang susah sebenarnya!

“Ini yang berlaku dalam negara kita ni, saya berharap dengan pemilihan kerajaan baharu ini dapat memikirkan tentang kita... susukan dahulu anak tempatan ini, kemudian baru susukan gajah di seberang,” kata Datuk Awie kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Kumpulan Wings bakal membuat persembahan di Konsert Naga Keramat pada 22 Oktober di Zepp Kuala Lumpur dan Konsert Mega Marhaen bertempat di Mid Town Perda, Pulau Pinang pada 29 Oktober.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.

Semua
Hiburan
Berita
Variasi