suria

Salah ke review buku Islamik? Pemuda Cina terkejut video masuk Twitter penuh komen toksik

PEMUDA bernama Chong Chi Howe terkejut apabila video review buku Islamik untuk kanak-kanak yang dimuat naik olehnya di TikTok mengundang komen negatif netizen di laman Twitter.

Kata Chi, 27, setiap orang boleh memberikan pandangan, namun apa yang dilakukan olehnya itu tidak salah kerana tidak menyentuh sensitiviti agama.

“Bagi saya semua ada pendapat sendiri dan memang tiada masalah nak beri pendapat.

“Tapi kadang-kadang pendapat tu diorang tak tapis dan pendapat tu macam straight sangat.

“Tapi dekat Twitter ni semua orang saja bagi pendapat dan langsung tak bertapis.

“Walaupun kita dah biasa dengan media sosial tapi kadang-kadang bila nampak benda negatif dia akan memberi kesan pada diri sendiri dan akan down juga,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi