suria

Sengaja buat ‘content’ tarik tudung! YouTuber mengaku silap, niat nak uji sejauh mana netizen pertahan agama

SEORANG lelaki menerima kecaman hebat netizen di laman sosial selepas memuat naik video menarik tudung wanita di tempat awam.

Nick atau nama sebenarnya Fakhrul Rushdan Roslan, 24, berkata niatnya menghasilkan video itu adalah untuk melihat sejauh mana orang Melayu mempertahankan agama Islam..

“Pada mulanya saya nak buat content tu saya nak tengok sejauh mana orang Melayu kita mempertahankan agama Islam.

“Bila tengok seseorang YouTuber membuat konten yang macam saya buat ini dan netizen semua mempertahankan maruah seorang wanita.

“Itulah niat saya bila saya buat tapi silap saya lambat membuat video penjelasan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Nick turut memohon maaf kerana video yang dimuat naik itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

“Saya minta maaflah dengan pihak netizen dengan semua perkara yang berlaku, saya tahu saya telah buat silap,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi