suria

Tak kira tempat tunjuk bakat, pemuda ini selamba tiru suara artis menyanyi tepi jalan… Siap ajar teknik vokal lagi

BERKEBOLEHAN meniru stail dan teknik nyanyian penyanyi popular, jejaka bernama Muhammad Faiz Arbain tular di media sosial.

Mesra disapa Pijin berkata, video nyanyian itu dikongsikan sekadar suka-suka sahaja dan dia tidak menyangka ia mendapat maklum balas luar biasa hingga meraih jutaan tontonan.

"Video nyanyian pertama saya yang meraih tontonan tinggi adalah ketika meniru teknik nyanyian penyanyi Indonesia, Fabio Asher.

"Seingat saya, video itu dirakam ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli makan malam di atas motosikal yang diberhentikan di tepi jalan dengan memakai topi keledar," katanya kepada mStar

Melihat penerimaan baik itu, Pijin memuat lagi videonya meniru nyanyian beberapa penyanyi lain seperti Anuar Zain, Afgan dan Rizky Febian dengan cara sama iaitu di atas motosikal dan memakai topi keledar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi