suria

Anak lasak sangat jenis tak duduk diam, ibu hantar masuk sukan ‘push bike’… Budak 6 tahun hebat kumpul banyak trofi

SUKAN basikal imbang atau pushbike di Malaysia semakin dikenali ramai.

Aktiviti berbasikal ini dikatakan mampu membentuk perkembangan minda dan fizikal kanak-kanak yang menyertainya.

Walaupun masih baru, sukan ini mempunyai kelabnya tersendiri sehingga boleh menganjurkan pelbagai acara dari dalam dan luar negara.

Menurut salah seorang ibu yang mendorong anaknya menyertai sukan ini iaitu Fatimah Abdullah, 42, dia percaya banyak manfaat yang diperolehi apabila terlibat dengan aktiviti berkenaan.

"Kita boleh build-up confident dia. First sekali masa masuk pushbike itu, dia ada confident. Dia boleh ikut track dan alert.

"Saya boleh convert energetic itu. Pergi ke training dan dia convert ke podium untuk hasilkan result lah.

"Suami saya ex player bola, so dia tahu budak ni daripada kecil lagi dengan sport. Dia ada timetable dia," ujarnya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi