suria

Malang tak berbau! 2 hari sebelum bertunang gadis ini terlibat kemalangan… Pelamin dah siap, sudahnya sarung cincin di hospital

KEMALANGAN yang menimpa seorang gadis berumur 21 tahun ini benar-benar membuatkan dia terkesan kerana berlaku dua hari sebelum majlis pertunangannya.

Meskipun perlu mendapatkan rawatan di hospital, Dazin Narieda Arisya atau lebih mesra disapa Sya berkata dia reda meneruskan majlis menyarung cincin itu pada Sabtu, 4 Jun lalu.

Akui tertekan pada awalnya, Sya bagaimanapun berkata dia menerima kata-kata semangat daripada keluarga dan majlis pertunangan itu berlangsung mengikut perancangan.

"Saya terlibat kemalangan motosikal pada 2 Jun lalu, dua hari sebelum majlis pertunangan.

“Mula-mula rasa tak boleh terimalah... rasa sedih sebab saya dah order (persiapan majlis) semua.

"Tapi ramai kawan-kwan dan kenalan bagi semangat dan datang melawat. Masa sarung cincin tu, mula-mula happy tapi rasa sedih sebab saya tak ada di atas pelamin... cuma syukur jururawat pun baik siap ajak ambil gambar.

"Majlis di rumah tetap diteruskan dan sampai ada cakap tak pernah dibuat orang," katanya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi