suria

Pilih jiran atau haiwan? Akhirnya pemuda ini terpaksa tinggal rutin ‘belanja’ lutung makan setiap hari… Semuanya lepas trending di TikTok

SERING berkongsi video mengenai aktiviti hariannya memberi makan kepada lutung yang berada di kawasan rumahnya di Batu Cave, Selangor, seorang pemuda memberitahu dia banyak menghabiskan masa bersama haiwan-haiwan ini.

Pemuda dikenali Rahmad Muslim Syafrian, 28, bagaimanapun berkata dia terpaksa menghentikan kegiatannya itu selepas menerima aduan daripada jiran tetangga.

"Yang ni sangat sedih lah sebenarnya. Kita dah tak bagi makan lagi... saya ada bagi nama dekat 13 ekor lutung

"Yang first sekali yang viral nama dia Botak. Botak sampai sekarang kalau turun dia akan tunggu depan tingkap. Dia tak boleh nampak saya.

"Pagi tadi pun ada. Saya tak keluar tunjuk muka. Mak saya yang keluar untuk halau mereka," kongsinya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi