suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gelagat pemuda India membebel dalam bahasa Melayu dipuji, sejak kecil kawan pelbagai bangsa… Sampai doa makan pun hafal

GELAGAT seorang pemuda berbangsa India bernama Muniswaran dan anak buahnya Kreetiga berborak secara santai menggunakan Bahasa Melayu menghiburkan ramai pengguna di aplikasi TikTok

Menurut Munis, 31, dia berasa terharu dan terkejut apabila perkongsiannya itu menerima komen-komen positif oleh orang ramai.

“Bila saya baca tu saya rasa bersyukur dan terharu, kadang-kadang terkejut sampai macam ini sekali mereka puji saya.

“Kadang-kadang saya terfikir macam mana nak jaga hati mereka sebab setiap komen-komen tu saya tak sempat nak balas.

“Saya bekerja sebagai agen takaful jadi bila ada masa saja baru saya balas komen-komen mereka,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Munis turut berkongsi latar belakang kehidupannya yang lebih banyak bergaul dengan majoriti rakan-rakan berbangsa Melayu.

“Kawan baik saya ialah Muhammad Haikal dan rata-rata kawan saya adalah Melayu, majoriti dalam 95 peratus berbangsa Melayu,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi