suria

Suami sporting layan minat isteri suka warna ungu! Hebat Auntie Purple editing ‘transition’ pun buat sendiri

SEORANG suri rumah menjadi terkenal di aplikasi TikTok dengan hampir 500,000 pengikut berkongsi pengalaman menghasilkan video menarik di laman berkenaan.

Wanita dikenali sebagai Auntie Purple ini tidak menyangka kandungan video dihasilkan olehnya mendapat sambutan daripada pengikut.

Menurut Auntie Purple atau nama sebenarnya Noor Suhaili Mohamed Amin, 44, kandungan video berkonsepkan warna ungu itu dilakukan secara tidak sengaja permintaan pengikut.

"Sebenarnya aunty memang minat warna ungu la. Bila kita buat content dalam rumah orang nampak rumah berwarna purple.

"Secara tak langsung mereka nampak aunty minat warna purple. Jadi daripada situ banyak permintaan buat content berwarna purple.

"Lama-lama macam seronok pulak content warna purple ini. Kita masukkan content transition dan campur content purple ataupun content purple sahaja kerana purple ni ada peminat yang tersendiri," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Aunty purple, video ungu, transition,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi