suria

Terkandas di Singapura kerana PKP, lelaki ini buat ‘content’ parodi selepas kaji perangai pelik perempuan… Tak sangka ramai suka!

WALAUPUN bertugas di sebuah syarikat gas dan minyak di Singapura, seorang pemuda dikenali sebagai Apan seronok berkongsi video lucu di aplikasi TiKTok.

Apan atau nama sebenarnya Ahmad Safwan Abdul Malek, 31, berkata pada awalnya dia cuma mahu mempromosikan YouTube miliknya di media sosial mengenai bakatnya bermain alat muzik.

Gara-gara tiada alatan muzik, dia cuba menghasilkan content menggunakan green screen dan meneruskan dengan video parodi meniru gaya perempuan.

"Bila saya di Singapura saya punya equipement muzik dekat Malaysia. Dua tahun saya buntu nak buat video apa jadi saya pun buat video greenscreen.

"Saya cuba buat content macam tu, kemudian dapat sambutan. Sampai satu tahap follower sampai 50k dalam masa dua minggu.

"Boarder dah buka... Saya boleh balik Malaysia. Dah lama tak jumpa wife selama dua tahun. Jadi saya macam kenapa dengan perangai wanita macam ini. Jadi tercetus idea dari situlah," kongsinya dengan mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi