suria

Ratu Farah seronok hiburkan orang di TikTok, dah lama berangan jadi artis… Tak sangka ramai suka video ‘pick up line’

SEORANG gadis dikenali sebagai Ratu Farah menarik perhatian ramai netizen di aplikasi TikTok.

Perkongsiannya itu sering menjadi bualan dan kecaman pengguna laman tersebut kerana muat naik video ‘pick up line’ dan tarian bersahajanya itu.

Lebih menyakitkan apabila ada netizen menyutuk kekurangan pada dirinya termasuklah pelat pada sebutan.

"Ratu memang ada pelat. Huruf yang tak boleh sebut tu R dan S tu. Memang Ratu ada pelat dari kecil.

"Terkejut juga sebab dulu pernah kata dekat kawan-kawan sekolah yang Ratu nak jadi artis. Alhamdulillah Allah dah makbulkan. Berkat kita sabar, Allah akan makbulkan.

"Kita nak masuk dunia pelakon ke dunia apa kan Ratu dah cakap hati kena kental, confident kena tinggi. Kalau kau tak nak kena kecam tak payah nak upload video," katanya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi