suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 3 tahun main badminton macam pro, terikut bapa idolakan ‘Anak-Anak Sidek’… Harap jadi pelapis Lee Chong Wei

TULAR video di aplikasi TikTok mengenai seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun lincah bermain badminton menarik perhatian netizen.

Ramai memuji kanak-kanak bernama Muhammad Sayf Umar itu yang dilihat aktif dan hebat bermain badminton meskipun usia masih muda.

Kata bapa kepada Sayf Umar iaitu Amiruddin Mohamad Ali, dia sudah membiasakan anaknya itu dengan gelanggan badminton sejak kecil lagi.

Malah, dia turut menyokong penuh minat anaknya itu terhadap sukan badminton.

"Masa awal-awal tu dia cuma baring, main lari-lari, dari situ saya mula bagi dia pegang bulu tangkis, kemudian pegang raket

“Masa umur dia dua tahun dia dah boleh serve. Bayangkan tubuh badannya yang kecil tu, dia boleh pegang raket yang berat tu.

"Saya tak paksa dia bermain badminton, cuma minat dia saya boleh nampak yang dia cenderung dalam sukan badminton sehinggakan dia sendiri yang mengajak saya bermain badminton," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi