suria

Wanna Ali buat ‘drama’ di Scotland, semua orang terpaksa ambil ‘break’ - “Saya give up, tak nak habiskan penggambaran”

PELAKON dan penyanyi Wanna Ali menegaskan dia turut menerima tekanan daripada produksi filem Ada Apa Dengan Dosa walaupun ia merupakan karya terbitan syarikat ibunya, Datuk Ayu Puteh.

Menurut Wanna atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd Ali, 23, ibunya bersikap lebih tegas ketika berada di set penggambaran demi mendapatkan hasil terbaik untuk filem yang menjalani penggambaran di Scotland itu.

“Menjadi anak bagi producer filem ini tidak bermaksud saya disirami dengan segala kesenangan dan kelebihan, malah kalau nak diikutkan sudah bertahun-tahun saya tidak pernah minta duit belanja daripada ibu.

“Malah membawakan antara watak utama dalam filem Ada Apa Dengan Dosa sebenarnya memberi tekanan melampau semasa penggambaran sehingga saya rasa nak mengalah, ” kata Wanna kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Wanna Ali, Ada Apa Dengan Dosa


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi