suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sering muncul dalam drama terbitan sendiri, ini penjelasan Sheila Rusly - “Saya mahu beri kelainan”

PELAKON dan penerbit Sheila Rusly menjelaskan dia tidak berniat memonopoli setiap watak utama dalam drama terbitan syarikatnya bersama suami Azman Yahya ataupun Jinggo iaitu JS Pictures.

Sheila, 40, berkata dia cuba membawa kelainan dalam setiap drama yang dihasilkan kerana mendapat inspirasi daripada filem dan drama berkualiti daripada Korea Selatan.

“Ramai yang pertikaikan apabila saya membawa watak utama dalam drama-drama terbitan kami, namun bukan niat untuk memonopoli industri hiburan. Saya hanya nak bawa kelainan dalam industri kerana terinspirasi dengan kualiti drama serta filem dari Korea Selatan.

“Saya lihat produk mereka sudah capai satu tahap yang berbeza, jadi mengapa tidak kita garapkan perkara sama dalam drama-drama di Malaysia? Jadi inilah peluang saya untuk memberi sesuatu yang berbeza daripada kebiasaan kepada penonton melalui watak-watak berat yang dilakonkan, ” kata Sheila kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sheila Rusly


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi