“Saya rindu mak!” - Tiga hari tidur lokap, pelakon baharu Shah Hazvee tak sabar balik rumah

PELAKON Shah Hazvee mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada Jumaat.

Shah atau nama sebenar Shah Radhi Hazvee, 24, dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2,300 serta seorang penjamin.

Ketika ditemui selepas prosiding, Shah berkata dia bersyukur dan berharap kebenaran dapat dibuktikan menerusi mahkamah.

“Saya bersyukur kerana boleh keluar hari ini dan saya akan buktikan kebenaran di mahkamah nanti.

“Tak semestinya orang di dalam lokap ni bersalah, jadi mahkamah akan tentukan siapa yang salah nanti, ” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Shah berkongsi pengalaman di dalam lokap yang diibaratkan cukup perit.

“Tiga hari saya berada di lokap... betul cakap orang, sehari bagaikan setahun dan saya tidak berhenti berdoa.

“Alhamdulillah Tuhan bagi saya keluar hari ini dan saya rindukan emak saya, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Shah Hazvee, Shah Radhi Hazvee,
Semua
Hiburan
Berita
Variasi