Aaron Aziz ralat tak dapat pulang beraya di Singapura - “Tapi saya bersyukur ibu dan bapa sihat di sana”

PELAKON Datuk Aaron Aziz berkata Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) wajar dipatuhi semua pihak bagi membendung wabak Covid-19 daripada menular biarpun terpaksa beraya tanpa keluarga.

Aaron, 44, juga menjelaskan meskipun tidak dapat pulang ke Singapura namun dia bersyukur kerana kedua-dua ibu bapa dan mertuanya berada dalam keadaan baik biarpun negara seberang tambak itu mencatat bacaan kes yang tinggi.

“Raya bersama anak dan isteri saja tahun ni, sedih tu memang sedih tapi timbul rasa syukur apabila keluarga di Singapura berada dalam keadaan baik.

“Namun idea asalnya memang nak pulang beraya di Singapura, namun apabila difikirkan kembali tempoh kuarantin selama dua minggu yang dikenakan pemerintah di sana... terus saya lupakan hasrat tersebut, ” kata Aaron kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Aaron Aziz, Singapura, Aidilfitri, Covid19
Semua
Hiburan
Berita
Variasi