suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Top 5 Spotlight: Janda PU Abu kerja keras sara anak, usia tak halang cinta Harris & Intan Ladyana

ANTARA berita hiburan hangat minggu ini mengenai pelakon baharu iaitu Shah Radhi Hazvee yang didakwa membawa lari isteri orang dengan niat ingin bersetubuh dan pelakon Raja Afiq sudah bertunang dengan anggota polis viral beberapa bulan lalu.

Turut menarik perhatian, kisah bekas isteri kepada Pencetus Ummah (PU Abu) iaitu Hana Azraa yang bekerja keras untuk menanggung dua orang cahaya matanya dengan berniaga secara talian di Instagram.

Berita mengenai penyanyi Aiman Tino dan bapanya dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana ingkar arahan PKPB ketika sedang memancing juga mendapat perhatian netizen.

Selain itu, kisah hubungan cinta pelakon Harris Alif dan Intan Ladyana yang mempunyai beza usia 17 tahun menjadi perbualan hangat di laman sosial.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi