“Aib... pipi pun tak habis cengkung lagi! ” - Reen Rahim malu tengok diri sendiri - Video | mStar

“Aib... pipi pun tak habis cengkung lagi! ” - Reen Rahim malu tengok diri sendiri

PELAKON Reen Rahim mengakui sedikit malu apabila menonton hasil lakonannya tiga tahun lalu dalam filem KL Vempires yang akhirnya akan ditayangkan kepada penonton pada 14 November ini.

Mengimbau kembali pengalaman menjayakan watak seorang wartawan dalam filem berkenaan, Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 31, berkata dia tidak menyangka diberi peluang berkenaan meskipun baharu setahun jagung dalam bidang lakonan.

“Saya masih lagi setahun jagung ketika penggambaran filem ini pada 2016. Aib tengok diri sendiri, pipi pun belum cengkung lagi (masih berisi).

“Tapi itulah rezeki saya ketika itu, baru sahaja jadi pelakon tapi dah dapat watak besar dalam filem. Namun rezeki untuk nama saya 'meletup' belum ada lagi,” kata Reen kepada mStar.

reen rahim
Semua
Hiburan
Berita
Variasi