suria

Top 5 Spotlight: Adik Naim Daniel diugut bunuh, Hatta Dolmat dan Arma berbalah gara-gara baju ciplak!

RANGKUMAN Top 5 Spotlight minggu ini menyaksikan kontroversi penyanyi dan pelakon Naim Daniel yang mencari seorang wanita apabila memuat naik satu status berbaur ugutan terhadap adiknya.

Selain itu, dua pereka fesyen iaitu Hatta Dolmat dan Arma Abdul Rahman berbalah mengenai pakaian yang digayakan oleh penyanyi Wann apabila ia dikatakan menciplak busana yang pernah dicipta Hatta baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, luahan pelawak Along Cham yang dikatakan dihalang untuk berjalan di hamparan karpert merah Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) turut mendapat perhatian ramai.

Pendedahan pelakon Faizal Hussein juga mengejutkan ramai pihak apabila dikatakan bayaran yang diterimanya didakwa tidak berbaloi jika dibandingkan dengan bayaran kepada pelakon baharu.

Pelakon Eyra Hazali pula akhirnya menamatkan zaman bujang dengan penjaga gol pasukan JDT Muhammad Haziq Nadzli selepas mengikat tali pertunangan Disember tahun lalu.

Top 5 Spotlight


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi