“Tiada siapa yang boleh lakukan lebih bagus dari saya” - Arslan teruja berlakon di Malaysia - Video | mStar

“Tiada siapa yang boleh lakukan lebih bagus dari saya” - Arslan teruja berlakon di Malaysia

BERWAJAH kacak dan mempunyai pakej yang lengkap, pelakon dari Pakistan Arslan Asad Butt mula mendapat perhatian peminat drama Malaysia selepas membintangi drama Sara Sajeeda.

Arslan, 26, berkata bakatnya dikesan oleh penerbit drama iaitu Fadzil Teh atau Haji Zeel yang melihat gambarnya di enjin carian Google.

“Pada awalnya Haji Zeel melihat gambar saya di Google dan menghubungi saluran TV di sana dan dalam masa yang sama juga saya baru memenangi anugerah pelakon terbaik di Pakistan.

“Dari situ pihak saluran TV Pakistan mencadangkan nama saya untuk drama bersiri ini dan saya mula berhubung dengan Haji Zeel melalui laman sosial selama sebulan untuk berbincang mengenai watak,” ujarnya kepada mStar.

Drama Sara Sajeeda ditayangkan menerusi slot Samarinda, Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

Arslan Asad Butt , Sara Sajeeda
Semua
Hiburan
Berita
Variasi