suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Mungkin orang sudah terpedaya beratus ribu ringgit kerana gambar saya” - Shuib

PELAWAK Shuib meluahkan rasa kurang senang apabila sekeping gambar dia bersama sebuah kereta sport digunakan individu tidak bertanggungjawab untuk menjalankan perniagaan yang mencurigakan.

Kata Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 35, ini merupakan kali kedua perkara sebegini berlaku dan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tersebut.

“Itulah, mereka ini bersikap kurang ajar. Sebelum ini saya sudah memberi amaran apabila ada pihak menggunakan gambar saya dengan berlatar belakangkan sebuah kereta sport untuk tujuan promosi perniagaan seolah-olah skim cepat kaya walau hal kereta tersebut bukan milik saya.

“Benda itu tak betul, sudahlah tidak meminta izin untuk gambar tersebut. Saya risau jika ada yang terpedaya dan menyalahkan saya pula selepas itu,” kata Shuib kepada mStar.

shuib


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi