suria

Pablo Amirul bahagia dikecam - “Gua buat jahat pun dibayar, saya happy je”

PENAMPILAN pelakon Pablo Amirul dalam filem menerusi watak antagonis membuatkan dia sering dilabel sebagai 'pelakon jahat' kerana menimbulkan kebencian dalam kalangan penonton.

Lebih menarik, Pablo atau nama sebenarnya Amirul Hisyam Mohd Sakri, 34, mengakui lakonan tanpa dialog menerusi beberapa buah filem seperti Polis Evo serta yang terbaharu iaitu KL Vempires turut meninggalkan kesan yang sama.

“Saya pernah membawakan watak tanpa dialog dalam filem Polis Evo, jadi tiada masalah untuk sekali lagi bawa watak antagonis dalam filem KL Vempires. Ada dialog atau tidak sebenarnya tidak penting, apa yang saya harapkan ialah watak yang dibawakan itu sampai ke hati penonton.

“Saya juga sebenarnya dah dicop sebagai 'pelakon jahat', ia menunjukkan saya diterima dalam industri. Saya tak kisah dibenci masyarakat kerana sering bawa watak antagonis. Saya buat jahat (dalam filem) pun dibayar, kalau buat jahat di luar kena tangkap,” kata Pablo kepada mStar.

pablo amirul


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi