2,000 penonton terpukau dengan persembahan 9 artis Thailand di dimsum Thai Pop 2019 - Video | mStar

2,000 penonton terpukau dengan persembahan 9 artis Thailand di dimsum Thai Pop 2019

KONSERT muzik pop Thai terbesar di Malaysia, dimsum Thai Pop 2019 yang diadakan di IDEAL Convention Centre (IDCC), Shah Alam berlangsung dengan meriah.

Hampir 2,000 penonton yang hadir terpukau menyaksikan persembahan istimewa daripada sembilan artis popular Thailand.

Sembilan artis popular tersebut adalah Sunny Suwanmethanot, Thanapob Leeratanakachorn (Tor), Kritssanapoom Pibulsonggram (Jaylerr), Chonlathorn Kongyingyong (Captain), Ice Paris Intarakomalyasut, Wongravee Nateetorn (Sky), Billkin Putthipong, Kanyawee Songmuang (Thanaerng) dan Nichaphat Chatchaipholrat (Pearwah).

Kehangatan mula terasa apabila Tor, Jaylerr, Ice dan Captain membuka persembahan menerusi lagu popular Nine by Nine (9by9) iaitu The Lucky One dan disambut dengan persembahan solo Tor dengan lagu Hua Jai Kaung Tur.

Populariti Ice tidak dapat disangkal apabila jeritan para peminat kuat kedengaran apabila ahli kumpulan 9by9 ini kembali menyampaikan lagu sensasi internet iaitu My Ambulance duet bersama Pearwah.

Selain persembahan nyanyian, Sunny, Sky, Thanaerng, Pearwah dan Billkin juga turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan peminat menerusi sesi permainan santai di atas pentas.

Bagi pelanggan dimsum yang tidak berkesempatan untuk menonton dimsum Thai Pop 2019 secara langsung, rakaman bagi showcase ini akan boleh dinikmati di platform dimsum dalam masa terdekat.

dimsum , thai pop 2019
Semua
Hiburan
Berita
Variasi