Fathia Latiff belum mahu kembali berhijab... “Mungkin nanti ada suami yang boleh bimbing saya” - Video | mStar

Fathia Latiff belum mahu kembali berhijab... “Mungkin nanti ada suami yang boleh bimbing saya”

PELAKON kontroversi Fathia Latiff mengakui imejnya yang sudah tidak berhijab sejak April lalu terus-menerus menerima kecaman orang ramai.

Namun Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, menjelaskan dia akan tetap mengekalkan imej tersebut demi mengejar cita-citanya dalam bidang nyanyian.

“Saya faham apa yang saya lakukan adalah salah disisi agama, saya akui diri ini jahil. Namun siapa tahu saya bakal menemui calon suami yang dapat membimbing diri ini ke arah yang lebih baik suatu hari kelak.

“Tidak dinafikan saya masih mendapat komen negatif daripada masyarakat, namun saya anggap mereka berkata demikian kerana sayangkan saya. Apa yang boleh saya katakan ialah ini karakter sebenar saya demi mengejar cita-cita sebagai penyanyi antarabangsa,” kata Fathia kepada mStar.

fathia latiff
Semua
Hiburan
Berita
Variasi