“Saya wanita, sudah pasti sedaya upaya memahami situasi Aishah” - Sweet Qismina ulas dakwaan campur urusan Syafie - Video | mStar

“Saya wanita, sudah pasti sedaya upaya memahami situasi Aishah” - Sweet Qismina ulas dakwaan campur urusan Syafie

LAIN yang ingin disampaikan, lain pula yang difahami masyarakat. Itu situasi yang dihadapi pelakon Sweet Qismina apabila titipan ucapan sempena sambutan hari lahir buat pelakon yang kini dilanda kontroversi, Syafie Naswip disalah erti oleh netizen.

Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina, 22, menjadi mangsa kecaman apabila kapsyen ucapan dikatakan cuba membela Syafie yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bekas tunangnya yang juga pelakon Aishah Azman.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan buat bodoh sahaja” - Sweet Qismina minta netizen suka buat 'wakaf dosa' mohon maaf kepada Syafie Naswip

“Rasanya ramai yang salah faham dengan cara saya menyampaikan ucapan hari lahir terhadap abang Ayie (Syafie Naswip), netizen cuba kata saya menyebelahi beliau sedangkan secara terang-terangan saya sudah menjelaskan tiada hak untuk bersuara terhadap isu yang timbul antara abang Ayie dan bekas tunangnya.

Ucapan sambutan hari lahir buat Syafie Naswip disalah erti netizen.

“Saya juga ada menegaskan abang Ayie patut menerima hukuman setimpal jika terbukti dia berbuat demikian. Saya sentiasa fikir panjang apa sahaja yang akan diluahkan melalui media sosial, saya seorang wanita dan sudah pasti saya sedaya upaya memahami situasi yang dihadapi Aishah,” kata Sweet kepada mStar.

Sweet berkata demikian selepas dihubungi mStar pada Isnin.

Sweet Qismina jelas tidak berpihak kepada mana-mana individu.

Dalam pada itu, pelakon drama Adam Chempaka ini menjelaskan keperibadian Syafie yang menyantuni orang di sekilingnya merupakan sebab Syafie mempunyai ramai keluarga angkat.

“Abang Ayie ni sejenis yang sangat menjaga tatasusilanya, dia sangat mudah didekati dan disenangi ramai.

“Jadi tak hairanlah bila dia mempunyai ramai adik angkat dan sebagainya, memang dia anggap semua sebagai ahli keluarganya sendiri,” tambahnya.

sweet qismina , syafie naswip
Semua
Hiburan
Berita
Variasi