suria

“Jangan buat bodoh sahaja” - Sweet Qismina minta netizen suka buat 'wakaf dosa' mohon maaf kepada Syafie Naswip

Sweet yakin Syafie tidak akan melakukan perkara di luar batasan.

SUSULAN pelbagai spekulasi mengenai punca pertunangan Syafie Naswip dan Aishah Azman putus di tengah jalan, pelakon Sweet Qismina tampil mempertahankan aktor berkenaan.

Kata Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina, 22, netizen perlu bersedia membuat permohonan maaf kepada Syafie selepas pelbagai kecaman dilemparkan terhadapnya jika aktor itu tidak bersalah.

Menurut Sweet, Syafie yang sudah lama dikenalinya disifatkan sebagai seorang yang baik dan tidak akan melakukan sesuatu di luar batasan tanpa sebab tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama bersih Syafie Naswip dikenali sebagai budak baik tercemar selepas 13 tahun dalam industri

"Ya, dia sangat baik, merendah diri dan tidak berpura-pura. Abang adalah orang yang paling sesuai untuk bercakap dan bincang mengenai dunia seni. Dia banyak mengajar saya.

"Sangat susah nak tengok dia mengamuk. Malah dia ajar saya bersabar terutama untuk mencari rezeki dalam industri.

Sweet beri ucapan hari lahir Syafie menerusi Instagram.

"Apa yang saya boleh katakan, kalau abang buat silap pasti akan dimaki, tapi adik tahu abang takkan buat sesuatu yang bodoh tanpa alasan kukuh. Kepada semua, kalau dia salah, dia akan bertanggungjawab dan memohon maaf.

"Tapi kalau sebaliknya yang berlaku, anda perlu bertanggungjawab dan memohon maaf kepadanya. Jangan pula bila dah jadi golongan wakaf dosa kemudian buat bodoh sahaja ya?," ujarnya.

Sweet berkongsi perkara itu menerusi laman Instagram miliknya pada Sabtu.

Dalam pada itu aktres ini turut berkongsi mengenai keperibadian Syafie yang disifatkan seorang yang sangat budiman.

"Dia menjadi salah seorang gandingan terbaik yang pernah ada.

Saya amat kagum dan menghormati dia lebih-lebih lagi sebaik mengetahui dia anak didik arwah Yasmin Ahmad.

Sweet Qismina

Pelakon

"Sekejap sahaja kami sudah serasi. Tahu kenapa? Kerana kami boleh duduk berbincang, berkongsi dan bertukar idea. Malah kami mampu mencipta sesuatu untuk setiap babak dalam lakonan.

"Tak rasa malu atau kekok untuk bekerja. Saya amat kagum dan menghormati dia lebih-lebih lagi sebaik mengetahui dia anak didik arwah Yasmin Ahmad," katanya.

Mengakui ramai yang bertanya kepadanya mengenai Syafie, dia bagaimanapun enggan memberi komen mengenai perihal itu.

"Mengenai perihal kehidupan dia, saya tiada hak untuk berkata apa-apa.

"Walaupun ramai yang bertanya kepada saya mengenai dia kerana kami banyak berlakon bersama," katanya.

Sweet Qismina, Syafie Naswip

Artikel Lain