Seminggu kehilangan ibu, Issey berang ditanya mengenai rumah pusaka “Soalan bodoh daripada orang cerdik” - Hiburan | mStar

Seminggu kehilangan ibu, Issey berang ditanya mengenai rumah pusaka “Soalan bodoh daripada orang cerdik”

Issey berang apabila disoal mengenai rumah pusaka.

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM, Issey Fazlisham meluahkan berang apabila seorang individu bertanyakan soalan rumah pusaka peninggalan Allahyarham ibunya iaitu Asiah Haron.

Berdasarkan paparan skrin aplikasi Whatsapp yang dimuat naik, individu berkenaan bertanya soalan sekiranya Issey berhasrat untuk menjual rumah pusaka peninggalan ibunya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Issey meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Issey sudah ada jawapan jika ditanya “bila nak kahwin?”

"Salam Issey... rumah arwah tu ada plan apa-apa?

"Kekal atau jual?," soal individu berkenaan.

Terkilan dengan pertanyaan itu, Issey menyifatkan soalan yang diajukan kepadanya itu sebagai bodoh.

Antara paparan skrin yang dimuat naik Issey di Instagram.

Ia berikutan tindakan individu berkenaan seolah-olah tidak sensitif atas kehilangan arwah ibunya yang baharu seminggu meninggal dunia.

"Contoh soalan bodoh dari orang yang cerdik. Tidak mengapa, tunggu saya balik Kelantan. Kita jumpa.

"Arwah mak baharu seminggu, orang tanya soalan begini," ujarnya.

Issey berkongsi perkara itu menerusi laman Instagram miliknya pada Sabtu.

Terdahulu, Issey menerusi laman Instagramnya memaklumkan kehilangan ibunya, Asiah Haron, 62, yang meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Ibunya meninggal kira-kira pukul 3.40 petang, Selasa kerana serangan jantung.

Issey

Artikel Lain