“Penting ada dashcam” - Seriau tengok detik Haiza terlibat kemalangan - Video | mStar

“Penting ada dashcam” - Seriau tengok detik Haiza terlibat kemalangan

PERKONGSIAN rakaman daripada alat perakam video atau dashcam dalam kenderaan peribadi milik penyanyi Haiza Hanafi ketika terlibat kemalangan mengundang rasa cemas dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun menurut penyampai radio Kool FM itu juga, kejadian itu berlaku awal tahun lalu namun dikongsikan semula di Instagram bagi memberi kesedaran kepada orang ramai.

Jelas Haiza, selain kepentingan memakai tali pinggang keledar termasuk di tempat duduk belakang, pemasangan dashcam juga sudah menjadi satu keperluan.

“Sebenarnya kemalangan yang saya alami tu berlaku pada tahun lalu, saya kongsi video melalui rakaman dashcam tu untuk memberi kesedaran terhadap masyarakat kepentingan alat rakaman tersebut.

“Alhamdulillah saya dan keluarga tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu,” kata Haiza kepada mStar.

haiza
Semua
Hiburan
Berita
Variasi