suria

Floor88 pelik lagu 'Hutang' ditendang keluar carta 'trending' YouTube

TIDAK keterlaluan, setiap kali muncul dengan single terbaharu, muzik video Floor88 akan tersenarai dalam carta trending YouTube Malaysia untuk tempoh beberapa minggu.

Namun single terbaharu kumpulan ini berjudul Hutang yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini dikatakan berhadapan masalah teknikal sehingga terkeluar daripada carta trending Youtube secara tiba-tiba.

“Apabila lagu Hutang mendapat jumlah tontonan luar biasa, kami berpendapat mungkin ia telah menarik perhatian pihak Youtube sama ada jumlah tontonan tersebut adalah asli atau menggunakan robot.

“Namun Alhamdulillah ia kembali menduduki carta paling banyak ditonton selepas beberapa hari hilang daripada senarai trending,” kata Floor 88 kepada mStar.

floor88


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi