“Orang kenal lagu tapi tak tahu siapa penyanyinya” - Fieya Julia harap Big Stage bawa tuah - Video | mStar

“Orang kenal lagu tapi tak tahu siapa penyanyinya” - Fieya Julia harap Big Stage bawa tuah

PENYANYI yang dikenali dengan lagu Perasaanku, Fieya Julia tidak menyangka bakat nyanyiannya diterima baik peminat muzik tempatan sehingga single pertamanya itu mendapat lebih 26 juta kali tontonan di Youtube setakat ini.

Tambah Fieya atau nama sebenarnya Nur Syafiyah Sejali, 20, dia amat berbesar hati apabila mutu vokalnya dikatakan bakal memberi saingan sengit kepada penyanyi wanita lain.

“Alhamdulillah atas pujian tersebut, namun sebenarnya masih ramai lagi penyanyi yang jauh lebih berbakat daripada saya.

“Namun saya bertekad untuk memperbaiki segala kekurangan dalam nyanyian dengan menyertai program Big Stage musim kedua yang akan bermula tidak lama lagi,” katanya kepada mStar.

Fieya berkata, dia berharap orang ramai lebih mengenali dirinya berbanding lagu yang dinyanyikannya itu.

“Kalau diikutkan orang lebih mengenali lagu berbanding saya sendiri. Insya-Allah semoga selepas menyertai program ini ramai yang mula terima kehadiran saya dalam industri muzik,” ujarnya.

fieya julia , big stage
Semua
Hiburan
Berita
Variasi