suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat keliru status Neeta bersama IamNeeta “Saya tetap beri keutamaan kepada kumpulan”

PENYANYI yang juga vokalis kumpulan imNeeta menjelaskan tidak wujud sebarang halangan daripada ahli kumpulannya apabila dia menyertai program realiti Big Stage sebagai penyanyi solo.

Neeta atau nama sebenarnya Neeta Manisha, 25, juga menegaskan dia masih lagi ahli kumpulan itu dan tidak pernah terfikir untuk berpecah.

“Saya akui ada sedikit kekeliruan daripada peminat bila saya menyertai program Big Stage musim kedua sehingga beranggapan imNeeta dibubarkan bila saya akan menyanyi secara solo. Namun sebenarnya saya ambil peluang menyertai program ini untuk mencabar diri sebagai seorang penyanyi.

“Malah saya mendapat sokongan penuh daripada dua lagi ahli kumpulan iaitu Patrick dan Anas, walaupun jika ada rezeki sebagai penyanyi solo namun berkarya dengan kumpulan imNeeta akan kekal menjadi keutamaan saya,” katanya kepada mStar.

neeta, imneeta, big stage


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi