suria

Video panas tular, Syafiq Kyle ada pesanan untuk Aiman Tino

PELAKON Syafiq Kyle berharap penyanyi Aiman Tino sentiasa berfikir secara waras ketika berhadapan kontroversi penularan video panas yang didakwa miripnya.

Malah Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak yang pernah terkait isu sama kira-kira setahun yang lalu mengingatkan agar Aiman tidak tertekan susulan dakwaan tersebut.

"Saya tiada nasihat apa-apa kepada Aiman atau sesiapa sahaja kerana mereka boleh berfikir dengan baik, waras tanpa tekanan.

"Tiada masalah (yang terlalu besar) untuk kita depress. Cukup jika kita ada sokongan yang kuat daripada keluarga," katanya kepada mStar Online.


Syafiq Kyle memperkenalkan koleksi terbaru bersempena Aidilfitri 2019

Pelakon drama Nur ini ditemui semasa majlis memperkenalkan koleksi Aidilfitri 2019 pada Khamis.

Menerusi video berdurasi 30 saat tersebut, wajah lelaki mirip Aiman itu dapat dilihat pada lima saat pertama sebelum individu itu berundur bagi mengelak wajahnya dirakam kamera.

Penularan video lucah yang didakwa mirip Aiman Tino

Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat melakukan aksi tidak senonohnya dipercayai di dalam bilik

Bagaimanapun, penyebar video itu menutup kemaluan lelaki tersebut menggunakan stiker grafik sepanjang video itu.

syafiq kyle, aiman tino


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi