"Mereka ustaz, tak ada masalah kot" - Fitri Haris ambil tindakan undang-undang terhadap Unic - Video | mStar

TINDAKAN undang-undang dianggap kaedah penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan isu pertikaian hak untuk menyanyikan lagu-lagu terdahulu ketika bersama kumpulan nasyid Unic.

Bekas anggotanya, Fitri Haris berkata hak cipta serta kebenaran untuk menyanyikan sesebuah lagu itu perlu dijelaskan menerusi kaedah perundangan agar isu berkenaan tidak terus membelenggu penyanyi yang mengambil keputusan bergerak solo sepertinya.

"Pihak pengurusan memilih untuk mengambil tindakan undang-undang atas beberapa sebab termasuk berkaitan kontrak saya sebagai duta produk.

"Apabila timbul ini sebegini, saya perlu jawab kepada mereka yang terlibat. Namun jika isu ini boleh diselesaikan di luar, lebih baik kerana saya tiada masalah dengan Unic," kata Fitri kepada mStar Online.

Juara program Gema Gegar Vaganza 2018 ini ditemui semasa majlis sidang media Karnival Jualan Bling Bling Tour 2019.

Dalam pada itu, Fitri, 35, berkata dia mengamalkan sikap profesional dengan anggota Unic yang disertainya dari tahun 2002 hingga 2009 itu.

“Rasanya saya dan Unic tiada apa-apa masalah malah kami bakal berkongsi satu pentas untuk sebuah konsert bulan hadapan, baru-baru ini pun kami ada berjumpa di majlis pelancaran sebuah radio baharu dan boleh sahaja kami 'selfie' bersama-sama.

“Cuma isu antara pihak pengurusan yang diselesaikan supaya ia tidak lagi timbul pada masa akan datang.

"Saya tak ada masalah, kalau mereka ada masalah dengan saya... saya tak tahu. Tapi saya rasa mereka OK, mereka ustaz," katanya.

fitri haris , UNIC
Semua
Hiburan
Berita
Variasi