Wak Doyok tak mengaku kalah demi RM3 juta! - Video | mStar

Wak Doyok tak mengaku kalah demi RM3 juta!

IKON fesyen Wak Doyok berkata dia akan terus berusaha mendapatkan semula hak jenama dan perniagaan yang diusahakannya selama ini selepas wujudnya kontroversi bersama rakan niaga sekitar Julai tahun lalu.

Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor berkata, susulan kontroversi berkenaan dia dilarang menggunakan jenama 'Wak Doyok' untuk sebarang tujuan komersial.

Wak Doyok dedah mengalami kerugian RM3 juta

"Saya sedang perjuangkan hak saya selepas nama saya sendiri yang digunakan sebagai jenama diciplak.

"InsyaAllah kemenangan mungkin berpihak kepada saya," katanya kepada mStar Online.

Jelas Wak Doyok, dia bakal kerugian sehingga RM3 juta sekiranya hak jenama 'Wak Doyok' gagal diperoleh dan disahkan pihak berwajib.

Pelakon filem Abang Long Fadil 2 ini ditemui pada majlis sidang media  Karnival Jualan Bling Bling Tour 2019.

Barisan selebriti yang bakal turut serta dalam Karnival Jualan Bling Bling Tour 2019

Dalam pada itu Wak Doyok, 40,  menyeru pengusaha kecil yang menyertai karnival  tersebut agar mendaftarkan hak cipta mereka bersama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) agar tidak menerima nasib sama sepertinya.

“Kes yang menimpa membuatkan saya sedar mengenai kepentingan hak cipta sesuatu produk dan jenama," katanya.

wak doyok
Semua
Hiburan
Berita
Variasi