suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Sungguh kaya hatimu Que Haidar” - Johan As'ari

TINDAKAN pelakon Que Haidar membantu seorang kanak-kanak yang dipercayai pelarian Syria menyentuh perasaan netizen.

Rata-rata memuji keprihatinan Que dan menyifatkan ia sebagai satu contoh baik dalam membantu mereka yang memerlukan.

Video itu dikongsikan pelakon Johan As'ari yang turut sama bercuti ke Instanbul, Turki.

Johan As'ari turut serta dalam percutian Que Haidar ke Istanbul

"Sungguh kaya hatimu Que Haidar, anak Syria itu bergenang air matanya apabila abang Que beri sedekah.

“Abang Que sempat belanja dia dan seorang lagi anak kecil makan,” tulis Johan di Instagram.

Ramai netizen berterima kasih terhadap sikap pemurah Que dalam membantu mereka yang dalam kesusahan.

“Alhamdulillah...beri anak-anak kecil makan, moga rezeki bertambah murah,” tulis @tupper_azie.

“Kesian anak-anak Syria, tiada tempat berlindung di tanah sendiri malah hari-hari diserang dengan bom,” tulis @namasral1975.

que haidar, johan as'ari


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi