Nabil Mahir nak lelong cincin lamaran tak jadi - Video | mStar

Nabil Mahir nak lelong cincin lamaran tak jadi

PENGACARA Nabil Mahir menafikan dakwaan kononnya dia melengahkan majlis perkahwinan menjadi punca hubungannya dengan pelakon Sarah Hildebrand putus di tengah jalan.

Menurut Nabil, dia sudah mempunyai rancangan ke arah mendirikan rumah tangga, namun beberapa faktor membuatkan dia terpaksa menangguhkan niat tersebut.

"Apabila saya sudah bersedia nak kahwin dia pula nak mulakan karier lakonan sebab nama dia tengah naik.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabil Mahir dah beli cincin, tak sempat lamar Sarah Hildebrand

Nabil reda dan mahu 'move on' dengan kisah putus cinta.

"Saya sokong sahaja apa yang dia nak buat, jadi saya biarkan dia fokus dengan kerja dahulu.

"Kalau nak cakap saya yang tak ready, rasanya cincin pun saya dah beli tapi dia tak tahu sebab saya nak buat kejutan. Kami pun sudah merancang tak mahu bertunang, nak terus kahwin," katanya kepada mStar Online.

Nabil ditemui di sidang media Asia GT Festival dan Celebrity Bazaar yang diadakan di Palace The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor pada Isnin.

Nabil bersama beberapa selebriti popular bakal menjayakan Asia GT Festival dan Bazar selebriti bertempat di Sepang International Circuit pada 15-17 Mac ini.

Sebelum ini, Nabil mengesahkan hubungannya dengan Sarah Hildebrand sudah berakhir sejak awal Februari lalu.

Ditanya mengenai cincin yang dibeli di Singapura itu, Nabil memberitahu dia berkemungkinan ingin menjual kepada mereka yang berminat.

"Siapa berminat cincin itu boleh cuba pakai dan kalau sesuai boleh beli," jawabnya ringkas.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Nabil Mahir , Sarah Hildebrand
Semua
Hiburan
Berita
Variasi