Achey rimas, buang 'style artis' jumpa kawan kampung - Video | mStar

Achey rimas, buang 'style artis' jumpa kawan kampung

PELAWAK Achey berkata perkongsian gaya hidupnya selain sebagai seorang selebriti di media sosial bukan bertujuan meraih simpati atau publisiti.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkata, dia sekadar mahu menjadi diri sendiri dan berkongsi kehidupan sebenarnya dengan peminat yang mungkin boleh dijadikan inspirasi.

"Inilah diri saya yang sebenar, niat berkongsi kehidupan luar pentas bukanlah mahu mencari publisiti namun tidak mahu melupakan asal usul saya yang datang dari kampung.

Achey enggan rakan-rakan di kampung melihatnya berbeza selepas bergelar selebriti

“Saya tidak mahu wujud jurang dengan kawan-kawan di kampung biarpun ada yang menjauhkan diri sewaktu mula-mula bergelar artis kerana saya sudah mula mengenakan pakaian bergaya.

"Namun itu semua hanya sementara kerana saya lebih selesa menjadi diri sendiri,” kata Achey kepada mStar Online.

Achey, 33, ditemui pada majlis sidang media pelancaran filem Tiada Tajuk yang akan ditayangkan 4 April depan.

Selain itu menurut penyanyi lagu Yang Terindah ini, dia juga tidak malu untuk berkongsi perniagaan sate yang diusahakan bersama isteri dan adik iparnya.

Perkongsian Achey tentang perniagaan keluarganya dapat pujian ramai

“Tak sangka perkongsian di Instagram mengenai perniagaan sate mendapat sambutan baik hingga menerima permintaan yang tinggi bagi sate goreng sejuk beku.

“Alhamdulillah muncul satu lagi pintu rezeki buat keluarga saya,” tambah Achey.

achey
Semua
Hiburan
Berita
Variasi