Wajah makin 'flawless', Haqiem Rusli kongsi petua rahsia - Video | mStar

PENYANYI Haqiem Rusli berkongsi petua dan rahsia penjagaan kulit wajahnya yang kelihatan semakin bersih dan flawless.

Menurut Haqiem, dia menggunakan petua tradisional bagi mengurangkan jerawat dan masalah kulit itu.

"Saya guna air daun sireh untuk kurangkan jerawat dan petua ini saya ambil dari ibu saudara.

ARTIKEL BERKAITAN: #Bizibody: Haqiem Rusli wajib bawa cermin mata hitam dan topeng mulut

"Alhamdulillah, kulit wajah semakin OK dan lebih sihat berbanding di awal kemunculan sebagai penyanyi dahulu.

"Saya memang tak guna produk yang ada campuran bahan kimia, sebab takut tak sesuai dengan kulit saya," katanya kepada mStar Online.

Haqiem selesa mengamalkan cara tradisional.

Dalam perkembangan yang lain, penyanyi lagu Selamat Tinggal Sayang ini memberitahu dia bakal muncul dengan dua buah lagu tidak lama lagi dan satu lagu sepenuhnya berbahasa Inggeris.

"Insya-Allah, saya akan keluarkan dua buah lagu dan salah satu berbahasa Inggeris.

"Saya ada belajar mengenai cara sebutan dalam bahasa Inggeris dan harap semua orang menyukainya. Jangan kecam-kecam ya," ujarnya.

Tonton video temubual yang disediakan mStar Online.

Haqiem Rusli
Semua
Hiburan
Berita
Variasi