Siti Elizad minta jangan ambil kerja Tuhan - Video | mStar

Siti Elizad minta jangan ambil kerja Tuhan

PELAKON Siti Elizad terus dihujani dengan soalan mengenai zuriat meskipun sudah berulang kali menjawab pertanyaan yang sama.

Malah, ketika dia bersiaran langsung di Instagram pada Rabu, masih ada pengikut yang meninggalkan komen mengenai cahaya mata.

"Yang tanya bila nak ada anak, tanya dekat Allah sebab itu kerja tuhan! Kalau hangpa dapat jawapan tepat, hangpa sama level lah dengan tuhan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bertiga dengan anak, bukan madu - Siti Elizad

"Kami tak boleh nak jawab sebab kami hanya hamba Allah.

"Tip jaga muka... sentiasa buat orang gembira, tanya soalan baik, positif dan ceria selalu, lantak apa orang nak cakap sebab tu Allah bagi rezeki murah," katanya di laman tersebut pada Rabu.

Tahun lalu, menerusi perkongsian di Instagram Elizad meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan segelintir tetamu yang sering bertanya soalan berkaitan cahaya mata.

Elizad atau Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 34, menyifatkan soalan itu sebagai sensitif dan tidak menghormati perasaan orang lain.

Pelakon drama Cinta Tanpa Henti ini mendirikan rumah tangga dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman, 46, pada 11 Januari 2015.

Siti Elizad
Semua
Hiburan
Berita
Variasi