suria

Bertiga dengan anak, bukan madu - Siti Elizad

Siti Elizad berharap mereka dapat kembali ke Makkah bersama anak selepas ini.

PELAKON Siti Elizad dan suaminya yang kini menunaikan umrah berdua berharap selepas ini mereka akan kembali ke Makkah bersama orang ketiga sekiranya ada rezeki.

Elizad, 35, memberitahu maksud orang ketiga itu bukanlah bersama isteri baharu suaminya namun mengharapkan ketika itu mereka sudah dikurniakan cahaya mata.

"Bercinta tak lama, bertunang lima bulan terus kahwin, tahun yang sama buat umrah. Dulu datang berdua, sekarang masih berdua.

ARTIKEL BERKAITAN: Kata Siti Elizad, setiap hari dia boleh bersama ‘anak ikan’


Siti Elizad dan suami sambut ulang tahun perkahwinan yang keempat di Makkah.

"Insya-Allah ada rezeki kita datang bertiga pula ya. Bertiga tu dengan anak tau, jangan kau ingat bini (isteri) baru pula!" kata Siti Elizad.

Elizad juga berkongsi foto-foto mereka di tanah suci menerusi laman Instagram miliknya sejak 7 Januari lalu.

Selain itu, pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua ini juga menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat di Makkah pada Jumaat.

Elizad berharap suaminya iaitu Shamsul Baharin Rahman tidak akan pernah berputus asa menyayangi dan mendoakannya.

Siti Elizad kini menunaikan umrah.

Malah, Elizad turut mendoakan untuk semua pasangan suami dan isteri agar mereka dapat menjejak kaki di tanah suci.

"Selamat ulang tahun yang keempat sayang. Jangan pernah putus asa menyayangi dan doa buat isterimu yang crack (gila-gila) dan degil ini.

"Sayang Pak Arab botakku. 11 Januari. Kami juga mendoakan bagi semua pasangan, moga sampai ke sini juga. Amin," katanya.

Elizad dan Shamsul melangsungkan perkahwinan pada 11 Januari 2015.

Siti Elizad

Artikel Lain