suria

Peminat tak puas hati, tumpang sedih Santesh kehilangan Amalina

PENYANYI Santesh berkata dia menerima pelbagai maklum balas mengenai kematian watak Amalina dalam muzik video single keduanya berjudul Mymuna.

Kata Santesh, 31, menerusi komen di YouTube, rata-rata kecewa apabila watak yang mula dihidupkan menerusi single pertamanya menggunakan nama yang sama dimatikan terlalu cepat.

“Mereka tak dapat terima kematian watak Amalina dalam muzik video lagu Mymuna. Ia mungkin kerana watak itu sudah cukup terkenal dan mempunyai peminat tersendiri.

"Dalam media sosial mereka minta supaya watak Amalina kembali, jangan terus matikan watak dia," katanta kepada mStar Online.

Santesh ditemui semasa majlis penyerahan sijil pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records kerana berjaya menjadi artis berbangsa India pertama mendapat satu juta kali tontonan dalam masa tiga hari di Youtube.

Untuk rekod, muzik video lagu Amalina yang dilancarkan dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan Tamil pada Ogos tahun lalu mendapat jumlah tontonan keseluruhan sebanyak hampir 34 juta.

Selain itu Santesh meluahkan rasa syukur dan teruja apabila lagu Amalina versi Tamil turut kerap dimainkan di saluran radio Melayu.

“Saya pun tak sangka mereka akan mainkan lagu Tamil, memang bangga kerana rakyat Malaysia dapat menerima lagu Amalina versi itu," katanya.

santesh


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi