“Salah ke saya nak belajar bahasa Inggeris?”- Ifa Raziah - Video | mStar

“Salah ke saya nak belajar bahasa Inggeris?”- Ifa Raziah

SELEBRITI versatil Ifa Raziah mendedahkan wujud beberapa individu yang kurang senang dengan usahanya dalam memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris.

Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha berkata demikian selepas menerima beberapa mesej peribadi (DM) di Instagram yang bukan sahaja memperkecilkan usahanya malah turut melemparkan kata-kata cacian.

“Ada haters yang tidak puas hati bila lihat saya semakin berjaya dan maju kehadapan, mereka hanya gemar menghina, mengecam dan cuba memperkecilkan usaha saya untuk belajar bahasa Inggeris.

“Lebih teruk ada antara mereka yang turut menyatakan usia saya kini sudah tidak sesuai untuk belajar sesuatu yang baru," kata Ifa kepada mStar Online.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Terus Terang ini mengambil kursus pendek bahasa Inggeris selama tiga bulan.

Dalam pada itu, Ifa turut mendedahkan wujud individu yang mempersoalkan ibadah umrah yang dilakukan awal Februari lalu.

“Mereka adalah manusia yang cetek ilmu, tidak sepatutnya libatkan kisah belajar bahasa Iggeris dengan ibadah Umrah.

“Saya sendiri tergerak hati untuk menguasai bahasa kedua ini apabila pulang daripada mengerjakan Umrah, mungkin ada sesuatu yang besar menanti saya dihadapan,” tambah Ifa.

ifa raziah
Semua
Hiburan
Berita
Variasi