“Kalau ikutkan ada peluang masuk AJL, tapi saya lupa...” - Hazama - Video | mStar

“Kalau ikutkan ada peluang masuk AJL, tapi saya lupa...” - Hazama

PENYANYI Hazama berkata single terbarunya berjudul Tunggu Aku Datang berkemungkinan layak ke pentas  Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) yang berlangsung baru-baru ini, namun impiannya itu musnah apabila dia tidak berkesempatan menghantar lagu tersebut ke peringkat awal pencalonan.

Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 35, menyedari ramai peminat berhasrat untuk menyaksikan lagu ciptaan Tam Spider itu bertanding di pentas berprestij tersebut.

Hazama akui tidak berkesempatan menghantar lagu Tunggu Aku Datang untuk pencalonan awal Muzik-Muzik tahun lalu

“Saya akui lagu ini agak lambat 'melekat' dihati peminat, mungkin ada masalah dari segi promosi tambahan lagi saya sudah tidak bersama syarikat pengurusan terdahulu. Namun saya tidak kisah kerana sudah menanam niat untuk menjadikan nyanyian sebagai karier utama sehingga akhir hayat.

“Sejujurnya saya terkejut apabila ramai peminat meluahkan hasrat mahu melihat lagu Tunggu Aku Datang pergi lebih jauh misalnya menyertai Anugerah Juara Lagu, namun apakan daya saya tidak berkesempatan menghantar lagu tersebut ke peringkat pencalonan awal kerana terlalu sibuk dengan pengambaran sebuah filem,” katanya kepada mStar Online.

Juara program Akademi Fantasia 9 ini ditemui pada majlis pelancaran filem Tiada Tajuk arahan penyanyi dan penyampai radio iaitu Mawi.

Dalam pada itu, Hazama mendedahkan dia terpaksa membotakkan kepala demi menjayakan filem terbabit biarpun pada mulanya enggan berbuat demikian.

Barisan pelakon dan pengarah filem Tiada Tajuk

“Saya membawakan watak Abadi yang cintakan alam semulajadi, mungkin Mawi cuba menerapkan karakter dirinya kepada wakat Abadi dan itu mungkin punca saya diminta untuk membotakkan kepala.

“Pada mulanya saya enggan menurut permintaannya kerana rambut adalah aset penting bagi, namun akhirnya mengalah demi filem Tiada Tajuk," tambah Hazama

hazama
Semua
Hiburan
Berita
Variasi