suria

Pergi rap dalam bilik dulu, jangan tunggu Joe Flizzow nak ajar!

PENYANYI rap Joe Flizzow mengakui ada individu bertemu dengannya dan menyatakan hasrat untuk berguru mengenai muzik hip hop.

Menurut Joe, bergelar penyanyi genre muzik berkenaan bukanlah mudah kerana ia memerlukan latihan secara persendirian terlebih dahulu.

"Mereka kalau serius nak belajar kena belajar secara sendiri dahulu, kenapa nak tunggu Joe ajar.

"Mungkin mereka terfikir nak menyanyi rap tapi mereka sebenarnya bukan serius sebab kalau betul-betul serius mereka akan belajar sendiri.

"Macam kita nak main bola sepak, mesti kita main sendiri dengan kawan-kawan dulu, bukannya jumpa pemain professional dan tanya macam mana cara nak main bola," katanya kepada mStar Online.

Joe ditemui di sidang media Asia GT Festival dan Celebrity Bazaar yang diadakan di Palace The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor pada Isnin.

Dalam festival yang bakal berlangsung pada 15 hingga 17 Mac di Sepang International Circuit, Joe bersama 16 BARIS akan menjayakan mini konsert pada hari terakhir.

Joe Flizzow bersama Pengarah Eksekutif Country Heights selaku penganjur festival (dua dari kiri) dan Presiden MBits Digital, Sarah Nattaya.

Sementara itu, penyanyi lagu Apa Khabar dan Sampai Jadi ini berkata untuk menjadi penghibur berjaya memerlukan kemahiran dan bakat.

"Kalau nak jadi penyanyi rap, seeloknya kena belajar dalam bilik dulu sebab tak ada jalan mudah untuk berjaya, apa sahaja bidang kita ceburi kena ada usaha.

"Kalau bakat masih terpendam perlu set skill dan kalau sudah bagus tak perlu pandangan profesional," ujarnya.

Bercakap mengenai Asia GT Festival dan Celebrity Bazaar, selain perlumbaan sukan permotoran, turut diadakan pameran automotif, kelab kereta, jualan food truck dan selebriti bazar menjual barangan daripada selebriti.

"Joe Flizzow dan tujuh lagi rakan-rakannya bakal mengadakan persembahan 16 Baris bermula 6.30 petang.

"Festival GT Asia ini bukan saja untuk mereka yang meminati aksi perlumbaan, tetapi ia juga sesuai untuk dijadikan aktiviti buat seluruh ahli keluarga," kata Sarah.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi