Wani Kayrie nak jadi 'the singing lawyer' demi ibu - Video | mStar

SELEPAS setahun menerima keputusan cemerlang dalam SPM, penyanyi Wani Kayrie akhirnya bakal menyambung pengajian dalam jurusan undang-undang di sebuah universiti swasta.

Menurut Wani, 19, dia menyambung pengajian dalam bidang tersebut adalah demi merealisasikan impian ibunya.

"Setelah setahun, akhirnya saya dapat menyambung pengajian di MSU, Shah Alam. Saya ditawarkan biasiswa penuh dalam jurusan undang-undang. Sejujurnya, saya berasa sangat teruja kerana dari dulu lagi memang nak sambung pengajian di universiti.

"Saya pilih bidang ini kerana ia adalah wish ibu saya yang mahukan anaknya menjadi seorang pekerja profesional.

"Awalnya saya mahu jadi ahli perniagaan tapi setelah difikirkan saya ikut apa yang ibu mahu sebab saya tahu kalau kita bahagiakan mereka, Insya-Allah hidup kita akan diberkati," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, bekas peserta program Big Stage 2018 ini berkata dia perlu membahagikan masa antara nyanyian dan pengajian sebaik-baiknya.

"Saya sedar mungkin agak sukar untuk membahagiakan masa sebab saya kena fokus dengan pelajaran juga.

"Tapi tak apa, sebab dua-duanya benda yang saya minat, kita akan cuba buat yang terbaik dan harap semuanya berjalan lancar," ujarnya.

Semua
Hiburan
Berita
Variasi