suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Tak payah kurang ajar sangat" - Pesan Daler Yusuf kepada peminat K-pop

DALER Yusuf tidak menyangka komennya yang mendakwa model dan pelakon Korea Selatan, Lee Sung Kyung atau dikenali sebagai Biblee melakukan pembedahan plastik mengundang kemarahan peminat selebriti berkenaan.

Kata Daler atau nama sebenarnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, komen yang ditinggalkan di Instagram penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza itu sekadar mahu memuji kecantikan penyanyi berkenaan.

Komen Daley Yusuf yang menimbulkan rasa kurang senang peminat kpop

“Sepatutnya ia tidak menjadi satu isu besar sebegini, bagi saya ia sekadar gurauan kerana sebelum ini saya sering mendengar orang berkata tentang pembedahan plastik yang sering dibuat oleh selebriti Korea Selatan.

“Lagipun saya bukanlah peminat hiburan kpop dan saya anggap ia sebagai komen biasa yang cuma berniat untuk memuji kecantikan Siti Nurhaliza,” kata Daler kepada mStar Online.

Daler, 27, sebelum itu meninggalkan komen dengan menyatakan kecantikan penyanyi nombor satu negara itu ternyata lebih menyerlah berbanding Biblee yang dikatakannya "She's full of plastic surgery".

Gambar yang dimuat naik Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama Lee Sung Kyung

Pelakon yang terkenal dengan drama Encik Suami Mat Salih Celup ini bagaimanapun menjelaskan dia tidak menyangka komennya itu akhirnya mengundang serangan terhadapnya.

“Saya tak sangka peminat kpop mampu menjadikan perkara ini sebagai isu besar, saya tetap menerima kecaman di media sosial biarpun sudah membuat permohonan maaf sacara terbuka.

Daler Yusuf mohon maaf

“Mereka mengambil perkara ini sebagai sesuatu yang amat serius sehinggakan lupa saya juga seorang manusia biasa yang melakukan kesilapan.

"Tak payahlah kurang ajar sangat sampai menulis dengan pelbagai kata-kata kesat,” jelasnya.

daler yusuf, kpop


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi